Berita ini tak ada di siarkan di media nasional Malaysia..... malulah konon..
Tetapi berita ini dapat di hidu oleh agensi berita negara jiran...
Menurut Penyelarasnya, Encik Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, tanpa mengira pihak mana yang bakal membentuk kerajaan di negeri itu selepas pilihan raya umum ke-13, lapor laman berita Malaysiakini, semalam.
'Biarpun Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah, Adnan Yaakob wajib bersara,' kata Encik Lee dalam satu kenyataannya.
Menurut beliau, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka itu.
Gabungan itu juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salah guna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Datuk Seri Adnan.
'Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi talian 012-954049, 013-9359898 atau e-mel gabungantukar@gmail.com,' kata Encik Lee, dalam kenyataan itu.
Selain itu, menurutnya, gabungan tersebut ditubuhkan kerana mendakwa Datuk Seri Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan 'bodoh' terhadap para wartawan.
Antara lima isu kritikal yang perlu ditangani oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum mengadakan pilihan raya umum akan datang termasuk isu loji nadir bumi Lynas di Pahang.
'Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan milik kerajaan (NGO), parti politik dan individu menyertai gabungan Tukar supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,' tambah beliau dalam kenyataannya itu.
3 Apr 2012
LUAR
NEGARA
Gabungan desak MB Pahang bersara
KUALA
LUMPUR: Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan,
Sabtu lalu, telah bersetuju menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar Menteri
Besar Pahang (Tukar).Gabungan desak MB Pahang bersara
Menurut Penyelarasnya, Encik Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, tanpa mengira pihak mana yang bakal membentuk kerajaan di negeri itu selepas pilihan raya umum ke-13, lapor laman berita Malaysiakini, semalam.
'Biarpun Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah, Adnan Yaakob wajib bersara,' kata Encik Lee dalam satu kenyataannya.
Menurut beliau, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka itu.
Gabungan itu juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salah guna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Datuk Seri Adnan.
'Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi talian 012-954049, 013-9359898 atau e-mel gabungantukar@gmail.com,' kata Encik Lee, dalam kenyataan itu.
Selain itu, menurutnya, gabungan tersebut ditubuhkan kerana mendakwa Datuk Seri Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan 'bodoh' terhadap para wartawan.
Antara lima isu kritikal yang perlu ditangani oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum mengadakan pilihan raya umum akan datang termasuk isu loji nadir bumi Lynas di Pahang.
'Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan milik kerajaan (NGO), parti politik dan individu menyertai gabungan Tukar supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,' tambah beliau dalam kenyataannya itu.
.
Link : cyberita.asia1.com.sg/
No comments:
Post a Comment
Pembaca boleh membuat sebarang komen, namun tuan empunya juga boleh menyiarkan atau tidak mengikut kesesuaian semasa...